Kami Memahami Keperluan Sebuah Hosting Untuk Perniagaan Anda!

Setiap Pakej Hosting Kami Lengkap Dengan

Kemudahan Ini di dalam cPanel

CPanel ver 62.0 (build 21)

CPanel adalah aplikasi yang digunakan untuk memudahkan anda menggunakan hosting anda. Ia umpama aplikasi Windows yang penting untuk menguruskan komputer kita. Namun jika untuk hosting cPanel digunakan.

WordPress 4.x

Anda boleh memasang web WordPress dengan mudah melalui Softaculous. Jika anda pandai dan tahu, anda boleh membina sendiri laman web korporat anda menggunakan WordPress. WordPress adalah salah satu aplikasi CMS popular untuk membuat laman web dan blog.

Magento 2.x

Magento adalah aplikasi e-commerce. Ia memerlukan sedikit kemahiran teknikal dan kod pengaturcaraan. Ia juga boleh dinstall dari Softaculous yang disediakan.

Banyak lagi...

Banyak lagi kemudahan lain yang disediakan di dalam cPanel. Anda boleh melihat sendiri di dalam Demo cPanel di bawah.

Softaculous Script Installer

Softaculuos ialah aplikasi yang mengumpulkan pelbagai script software yang boleh anda gunakan secara percuma. Ia terdiri dari pelbagai kategori aplikasi seperti CMS, E-Commerce, Project Management dan banyak lagi. Terdapat ratusan aplikasi di dalam Softaculous yang boleh digunakan. Contoh aplikasi percuma ialah seprerti WordPress, Joomla, Magento, Opencart dan banyak lagi.

Joomla! 3.x

Anda juga memasang web Joomla! versi terbaru iaitu versi 3.x. Aplikasi Joomla! adalah sebuah CMS yang sepopular WordPress. Ia banyak digunakan oleh jabatan kerajaan dan kementerian untuk laman web korporat mereka. Pemasangan Joomla! amatlah mudah menggunakan Softaculous yang disediakan.

Prestashop 1.7.x

Prestashop juga adalah sebuah aplikasi e-commerce yang popular. Namun ia memerlukan sedikit kemahiran berbanding menggunakan Opencart di atas. Anda boleh menginstallnya dari Softaculous yang disediakan. Sekiranya anda tidak mahu, anda boleh uninstallkannya semula.

Web Emel Korporat

Anda boleh membina emel korporat anda sendiri. Dengan adanya emel korporat anda sendiri ia akan menaikkan lagi profesionalisme perniagaan anda di mata pelangaan atau prospek. Emel korporat anda boleh dicapai dimana-mana saja. Bahkan boleh dibaca dari smartphone anda!

Opencart 2.x dan 1.5.x

Sekiranya anda ingin memiliki kedai online atau e-commerce (shopping cart) anda sendiri,, maka anda boleh menggunakan Opencart yang disediakan di dalam Softaculous. Opencart adalah aplikasi e-commerce yang popular dan mudah digunakan berbanding aplikasi e-commerce yang lain. Aplikasi kedai online Opencart anda boleh dipaparkan di mobile device dan ini memudahkan jual beli dilakukan secara online!

PHP 5.6.30 ke atas

PHP adalah script pengaturcaraan yang digunakan dalam kebanyakan sistem aplikasi sumber terbuka (open source). Script PHP yang terdapat di dalam hosting ini adalah versi 5.5 dan ke atas. Ia versi yang compatible pada kebanyakan sistem hari ini. Kami tidak menggunakan versi yang lama atau terlalu baru supaya kebanyakan aplikasi dapat dilaksanakan tanpa ada sebarang gangguan.

Gmail

Emel korporat anda boleh diintegrasikan dengan GMail. Bagi kebanyakan usahawan, kami sangat menggalakkan menggunakan akaun Gmail untuk sistem emel kerana ianya lebih user friendly dan mesra mobile. Oleh itu penting emel korporat anda diintegrasikan. Kami boleh membantu memberi tunjuk ajar untuk melakukan perkara demikian.

Drupal 8

Drupal adalah aplikasi CMS yang melebihi taraf dengan Joomla! dan WordPress. Penggunaan Drupal memerlukan sedikit skil teknikal dan kod pengaturcaraan. Anda boleh memasang aplikasi ini dengan menggunakan Softaculous. Untuk pengetahuan anda laman web Berita Harian Online menggunakan Drupal. Drupal adalah di antara popular dalam keluarga CMS.

MySQL 5.6 ke atas / MariaDB

MySQL adalah pangkalan data (database) yang digunakan oleh kebanyakan sistem aplikasi sumber terbuka (open source). Versi MySQL yang terkini memastikan fungsi capaian pangkalan data adalah lebih pantas dan cekap.